Onn Hafiz kecewa Rumah Pesona Johor lewat siap, arah kontraktor lebih proaktif

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi meluahkan rasa kecewa dengan perkembangan projek Rumah Pesona Johor (RPJ) yang tidak disiapkan mengikut jadual ditetapkan.

Dalam hantaran di Facebook, Onn Hafiz memaklumkan, Rumah Pesona Johor yang merupakan pusat perlindungan sementara kepada wanita mangsa keganasan rumah tangga itu sepatutnya siap tahun lalu.

Menurut beliau, Rumah Pesona Johor itu bukan sahaja memberi tempat tinggal sementara tetapi juga sokongan sosial dan psikologi kepada wanita yang mengalami krisis dalam hidup.

Onn Hafiz berkata, projek tersebut merupakan inisiatif kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT).

“Saya bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, YB Khairin-Nisa Ismail telah turun padang untuk meninjau sendiri perkembangan projek RPJ.

“Dalam lawatan ini, saya telah mengarahkan syarikat kontraktor yang dilantik untuk lebih proaktif dalam memastikan perkembangan projek mengikut garis masa yang telah ditetapkan dan melaporkan kemajuan kerja kepada kerajaan negeri secara berkala,” katanya dalam hantaran tersebut.

Baca artikel lain: Banyak jalan raya di Johor perlu dinaik taraf, keadaan membahayakan pengguna – Onn Hafiz

Mengulas lanjut, Onn Hafiz menegaskan Kerajaan Negeri Johor mengambil serius setiap projek pembangunan di negeri itu.

Beliau turut menegaskan setiap projek yang dilaksanakan mesti mengikut garis masa yang telah ditetapkan kerana melibatkan kesejahteraan seluruh Bangsa Johor.

Onn Hafiz berharap pihak yang bertanggungjawab dapat menyiapkan kerja mengikut indeks prestasi utama (KPI) yang ditetapkan tanpa sebarang kelewatan.

“Saya akan terus memantau perkembangan projek ini dan memastikan semua pihak yang terlibat memainkan peranan masing-masing.

“Saya berharap agar RPJ ini dapat menjadi satu institusi yang benar-benar mampu memberi perlindungan dan harapan baharu kepada golongan wanita yang memerlukan sokongan. Insya-Allah,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This