Wartawan ditahan SPRM: NUJM gesa siasatan adil, tak sekat kebebasan media

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KESATUAN Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJM) berharap siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penahanan seorang wartawan sebuah portal berita memberi keadilan kepada semua pihak.

Setiausaha Agung NUJM, Teh Athira Yusof menegaskan, siasatan yang dilakukan SPRM itu juga diharap tidak bertujuan menekan atau menyekat sebarang kebebasan media di negara ini.

“NUJM mengambil maklumat penahanan reman seorang wartawan Malaysiakini dan juga ahli NUJM dari Malaysiakini oleh SPRM, malam tadi.

“NUJM dimaklumkan, beliau telah direman di Mahkamah Majistret Putrajaya pada pagi ini selepas ditahan pegawai penyiasat sekitar jam 11.30 malam mengikut Seksyen 16 Akta SPRM.

“Oleh demikian, NUJM berharap sebarang siasatan yang dilakukan oleh SPRM memberi keadilan kepada semua pihak dan tidak bertujuan menekan atau menyekat sebarang kebebasan media di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: SPRM tahan seorang wartawan bantu siasatan kes rasuah

Terdahulu, Bernama melaporkan SPRM menahan seorang wartawan sebuah portal berita tempatan di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor kira-kira pukul 11 malam tadi, bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata penahanan wartawan lelaki itu dibuat berhubung dakwaan kes rasuah, dan bukannya mengenai sebarang laporan berita yang ditulisnya.

“Wartawan itu dipercayai meminta sejumlah wang daripada seorang ejen pekerja asing RM20,000 untuk tidak mengeluarkan artikel berhubung isu penyeludupan pendatang asing,” katanya.

Wartawan berkenaan kini direman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa bumi 7.9 magnitud landa Mindanao, gegaran dirasai di Sabah

SATU gempa bumi kuat dilapor telah berlaku di Mindanao, Filipina pada pukul 7.37 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam...

More Articles Like This