Lenyek pemandu trak tunda sampai retak tulang tangan dan kaki, suami isteri warga emas ditahan polis

Dari Penulis

SEPASANG suami isteri warga emas ditahan selepas melanggar seorang pemandu trak tunda sehingga retak tulang tangan dan kaki kanan di Bandar Teknologi Kajang, Jumaat lalu.

Video penuh klik link

https://t.me/infoutusantv/9464

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, warga emas masing-masing berusia 73 dan 65 tahun itu telah ditahan pada pukul 11.15 malam tadi.

Katanya, penahanan itu susulan satu laporan yang diterima daripada seorang wanita tempatan berusia 63 tahun pada pukul 4.54 petang semalam.

Beliau berkata, dalam kejadian pukul 12 tengah hari itu, pengadu telah menerima panggilan daripada anak lelaki berusia 42 tahun yang menyatakan dirinya telah dilanggar oleh sebuah kereta sehingga menyebabkan kecederaan dan tidak boleh bergerak.

“Pengadu terus ke lokasi kejadian lalu membawa mangsa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Siasatan mendapati terdapat satu video rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang merakam kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, menerusi video itu, sebuah kenderaan utiliti sukan berwarna hitam dengan sengaja melanggar mangsa yang turun dari sebuah trak tunda.

“Mangsa telah diseret dari tengah jalan sehingga ke atas pembahagi jalan sebelum suspek melarikan diri,” katanya.

Mangsa yang mengalami kecederaan sedang menerima rawatan di hospital dan pihaknya masih menyiasat punca sebenar kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307/ 279 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Mohd Hizwan Hamzah di talian 019-6369835.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This