PM Anwar seru majlis rasmi kerajaan dilaksanakan secara lebih bersederhana

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SEMUA majlis rasmi kerajaan perlu dilaksanakan dengan penuh kesederhanaan selaras dengan semangat dan roh bulan Ramadan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, dimensi kerohanian perlu diperkukuh sepanjang Ramadan dengan cara memupuk integriti, disiplin dan kejujuran dalam kehidupan seharian, bukan hanya melalui ibadah semata-mata.

Tegas Perdana Menteri, semua pihak perlu sedar bahawa Ramadan merupakan masa terbaik untuk insaf dan menyampaikan lebih banyak bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

“Ramadan ini seharusnya menjadi masa untuk kita lebih insaf dan berusaha menyampaikan bantuan kepada masyarakat kurang bernasib baik, bukan sekadar memewahkan acara iftar dan kegiatan kita,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan kementerian dan jabatan kerajaan untuk mengamalkan kesederhanaan pada majlis rasmi sepanjang Ramadan supaya dana yang ada dapat dimanfaatkan untuk membantu golongan memerlukan.

“Saya perhatikan ada kalanya jabatan, agensi dan syarikat berkaitan kerajaan menyediakan sumbangan dalam bentuk terlalu mewah. Sebagai contoh, kotak-kotak pembungkusan sangat indah tetapi harganya mungkin lebih mahal daripada isi seperti kurma diberikan. Ini satu pembaziran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya hari ini.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri turut menyeru agar Ramadan dijadikan sebagai bulan membudayakan pembacaan, pemahaman, dan penghayatan al-Quran, sesuai dengan peranannya sebagai petunjuk kepada manusia.

“Syahrul Ramadan adalah bulan turunnya al-Quran, yang menjadi panduan untuk menentukan pertimbangan antara yang baik dan buruk.

“Maka, marilah kita semua mengambil kesempatan ini untuk mendalami dan mengamalkan ajaran al-Quran,” katanya.

Perhimpunan turut dihadiri dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said  dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This