DEWAN Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2025 bertujuan mereformasi institusi dan penambahbaikan terhadap institusi demokrasi utama negara, iaitu Parlimen.
RUU itu mendapat sokongan 148 Ahli Parlimen pada bacaan kali kedua dan ketiga ketika undi belah bahagian dilakukan.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata 17 Ahli Parlimen tidak hadir manakala 57 wakil rakyat tidak mengundi.
Johari memaklumkan undian belah bahagian dijalankan berikutan peruntukan Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan menetapkan pindaan kepada Perlembagaan pada bacaan kedua dan ketiga memerlukan undi tidak kurang dua pertiga daripada jumlah bilangan Ahli Parlimen.
Baca artikel lain: RUU Perkhidmatan Parlimen: Bukti keberanian PM Anwar bebaskan Parlimen – Johari
RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 bertujuan meminda Perlembagaan Persekutuan antaranya meminda Perkara 56 dan Perkara 57 dengan memasukkan Fasal baharu (5A).
Fasal itu menyatakan seseorang yang dipilih menjadi Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat atau Timbalan Yang Dipertua tidak hilang kelayakan memegang jawatan itu oleh sebab keahliannya dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen yang ditubuhkan di bawah undang-undang Persekutuan.
–BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

