Ahli Parlimen pembangkang khianati reformasi institusi Parlimen – PM

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan pembangkang menolak untuk menyokong Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2025, yang menjadi asas kepada penggubalan Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen 2025.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Perdana Menteri menyifatkan perbuatan tersebut sebagai usaha mengkhianati reformasi institusi Parlimen.

“Namun ini tidak mengejutkan memandangkan gerombolan yang sama juga telah merobek serta menginjak demokrasi Parlimen dengan menyekat sidang Dewan Rakyat sebelum ini,” katanya menerusi Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri , hari ini.

Tunku Nashrul berkata, Anwar pada masa sama menyampaikan penghargaan kepada Ahli Parlimen yang telah memberi dukungan penuh kepada pindaan berkenaan.

Jelasnya, usaha tersebut menjadi reformasi penting dalam memberikan kematangan kepada sistem demokrasi negara, membuka ruang kepada Parlimen untuk menjalankan fungsi dengan lebih bebas dan menjadu mercu tanda kebebasan bersuara.

Baca artikel lain: Wanita Jepun maut terjatuh bangunan adalah Akiko Okumura – polis

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali bagi membincangkan isu-isu utama berkaitan kos sara hidup rakyat.

Kata Tunku Nashrul, dalam pertemuan itu, Anwar mengarahkan KPDN untuk menggandakan pemantauan dan penguatkuasaan menerusi OPS PANTAU 2025 termasuk memastikan bekalan barangan keperluan sepanjang Ramadan dan Aidilfitri mencukupi.

“Perdana Menteri mahu strategi intervensi dilaksana segera bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sekiranya terdapat gangguan bekalan.

“Perdana Menteri turut menegaskan bahawa KPDN perlu lebih tegas dalam memastikan peniaga mematuhi harga maksimum yang ditetapkan kerajaan, termasuk bagi barangan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan yang akan diumumkan kelak.

“Perdana Menteri juga mengarahkan pemantauan harga makanan di bazar Ramadan dipertingkat bagi mengelakkan pihak tertentu mengambil kesempatan menaikkan harga secara tidak wajar,” katanya lagi.

Selain, katanya Perdana Menteri sendiri akan melawat beberapa bazar Ramadan bagi melihat sendiri harga dan kualiti makanan secara langsung, di samping memberikan sokongan kepada peniaga-peniaga kecil.

Pada masa sama, beliau juga kata Tunku Nashrul mengarahkan supaya ditingkatkan kekerapan Program Jualan Rahmah Madani sepanjang bulan Ramadan dan menjelang bulan Syawal.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jaslinda ditemui selamat berhampiran Pos Musoh

MISTERI pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu akhirnya...

More Articles Like This