DUA lelaki warganegara Nepal ditahan selepas melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita di Pangsapuri Melati, Taman Bukit Subang, Seksyen U16, Shah Alam.
Video penuh klik link
https://t.me/infoutusantv/9476
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada seorang wanita India pada pukul 6.04 petang, Rabu lalu.
Beliau berkata, semasa pengadu berada di bawah blok tempat kejadian, seorang lelaki Nepal yang tidak dikenali telah memanggilnya sambil memasukkan tangan ke dalam seluar dan membuat isyarat lucah.
“Pengadu terus naik ke rumah sebelum diekori suspek bersama rakannya.
“Suspek telah bertindak agresif dengan memegang pintu jeriji sambil memanggil pengadu keluar dari rumah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, pengadu yang ketakutan telah menghubungi abang saudara untuk meminta bantuan.
Kedua-dua suspek telah berjaya ditangkap dengan bantuan orang awam sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Semakan mendapati suspek berusia 38 dan 44 tahun tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan tidak bekerja.
“Suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan kini direman selama 14 hari sehingga 12 Mac ini,” ujarnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.
Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Ayu Asliza Othman di talian 019-3994871.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

