KWSP untuk bukan warganegara tidak kurangkan perhatian kepada rakyat – PM Anwar

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk bukan warganegara tidak mengurangkan perhatian KWSP kepada rakyat tempatan.

Hal itu menurut beliau kerana KWSP turut memperkenalkan caruman sukarela pada tahun lepas yang mana sebanyak 1.2 juta ahli telah membuat caruman sukarela yang memberi manfaat.

Selain itu, katanya, KWSP turut memperkenalkan i-Saraan dan i-Suri untuk menjaga sektor informal, terutamanya isteri-isteri yang menjadi suri rumah tangga yang mana insentif kerajaan dalam inisiatif ini sudah mencecah RM4.16 juta.

Perdana Menteri berkata, langkah caruman KWSP kepada bukan warganegara juga tidak akan membebankan majikan kerana kadar dividen yang ditetapkan adalah di paras paling minimum iaitu dua peratus sahaja.

“Seperti mana kita maklum bahawa strategi kita adalah untuk bergantung dan menumpu perhatian, membela dan menjaga kepentingan pekerja tempatan.

“Jadi bila dikenakan dividen yang minima ini, ini adalah maksudnya dengan dua peratus itu adalah untuk mengenakan satu caruman yang dengan sendirinya memberi peluang kepada Kerajaan keseluruhannya mendaftar jumlah pekerja asing,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man berkenaan KWSP dalam Sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, caruman KWSP untuk bukan warganegara juga bersifat tetap dan akan mendorong mereka mengeluarkan simpanan itu apabila tamat tempoh khdimat dan permit kerja di Malaysia.

Katanya, KWSP dan Kementerian Kewangan mengadakan libat urus dengan semua syarikat-syarikat besar dan juga Perniagaan Mikro, Kecil & Sederhana (PMKS).

“Kita juga terikat dengan piawaian antarabangsa – Artikel 68, Konvensyen 102 International Labour Organisation (ILO). Sebab itu kalau kita lihat, hampir 70 negara menggunakan kaedah caruman, walaupun kebanyakan negara meletakkan caruman yang lebih tinggi.

“Jadi kita menggunakan yang minima, iaitu dua peratus, kerana kita anggap dua peratus itu tidak akan membebankan,” katannya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas utus surat kepada Bersatu, beri cadangan perkukuhkan PN – Muhyiddin

PAS dilaporkan menghantar surat kepada Bersatu berkenaan hubungan di antara kedua-dua buah parti, selain cadangan-cadangan untuk memperkukuhkan Perikatan Nasional...

More Articles Like This