KADAR pendaftaran MyDigital ID dijangka meningkat pada suku kedua tahun ini susulan strategi yang diambil Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebagai agensi utama pelaksanaan prapendaftaran.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata rakyat Malaysia seawal umur 12 tahun akan didaftarkan secara automatik dalam sistem MyDigital ID.
“Untuk meningkatkan nombor (pendaftaran) ini strategi yang kita bincang tadi dalam mesyuarat ialah JPN akan buat prapendaftaran ke atas rakyat Malaysia bila mencapai umur 12 tahun,” katanya dalam majlis iftar bersama media, hari ini.
Selain itu, Saifuddin Nasution berkata strategi lain ialah pendaftaran semasa kehilangan MyKad yang akan didaftarkan secara automatik.
Baca artikel lain: Pembangkang gagal undi tunjuk sikap enggan bantu martabat Parlimen
“…atau ketika MyKad dia hilang, dia pergi ke JPN kita akan daftarkan dia. Kita harap menjelang suku kedua tahun ini akan menyaksikan peningkatan bagi pendaftaran ini supaya membolehkan kita melakukan transaksi menggunakan log masuk tunggal,” katanya.
Beliau berkata strategi itu dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Identiti Digital Nasional yang dipengerusikannya petang tadi.
Pada Disember tahun lepas, media melaporkan Anwar mengaku kesal dengan kelewatan projek MyDigital ID serta rangkaian kedua 5G.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

