RAKAMAN keterangan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan bekas perdana menteri itu yang dijadual hari ini ditangguhkan atas faktor kesihatan.
Menurut sumber, kesihatan Ahli Parlimen Bera itu berada pada tahap rendah dan beliau juga memiliki sijil cuti sakit.
Sehubungan itu, sumber memaklumkan SPRM dijangka merekodkan keterangan Ismail Sabri pada 10 pagi Jumaat ini di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan proses rakaman percakapan Ismail Sabri yang dijadualkan esok ditangguhkan dan akan diambil pada hari lain.
Pada 10 Februari lepas, Ismail Sabri telah menghantar maklumat pengisytiharan harta sebelum keterangannya direkodkan pada 19 Februari.
Baca artikel lain: MCW tuntut SPRM lakukan siasatan menyeluruh tanpa kompromi ke atas pemimpin politik
Semalam, Azam dilaporkan berkata bekas pemimpin itu merupakan suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta di dalam sebuah ‘ safehouse’ susulan serbuan dilakukan pihaknya.
Fokus siasatan tertumpu kepada perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti semasa beliau menerajui negara.
Setakat ini, SPRM telah merakam percakapan 31 individu serta membekukan 13 akaun bank bernilai kira-kira RM2 juta dengan kesemua akaun adalah sah dan aktif.
SPRM sebelum ini telah menyita wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang antarabangsa antaranya Baht, Riyal, Pound Sterling, Won, Euro, Swiss Franc dan Yuan, serta 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai hampir RM7 juta.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

