Civic Type R remuk kemalangan dengan Unser, seorang maut

Dari Penulis

SEORANG lelaki warga Pakistan maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu terlibat dalam kemalangan dengan sebuah Honda Civic Type R di Kilometer 45.3, Lebuhraya Shah Alam, 11.30 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika Toyota Unser yang dinaiki dua lelaki warga asing dalam perjalanan dari Puchong ke Kuala Lumpur.

Beliau berkata, sampai di lokasi telah berlaku kemalangan antara Unser dengan Civic yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun.

“Akibat kemalangan, pemandu Unser berusia 40 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Penumpang Unser cedera ringan dan pemandu Civic patah tangan kanan, cedera di kepala serta sakit di dada telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, mayat telah dibawa ke Unit Forensik Hospitall Serdang dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan di kepala.

Pemeriksaan mendapati kedua-dua kenderaan mengalami pelbagai kerosakan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tarikh penting PRN Johor, Negeri Sembilan diketahui hari ini

TARIKH-TARIKH penting dan perkara berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan akan diketahui hari ini. Ia akan diumumkan...

More Articles Like This