Persenda amalan agama lain jejaskan perpaduan – Saraswathy

Dari Penulis

MEMPERSENDAKAN amalan keagamaan pihak lain menjejaskan nilai saling hormat-menghormati dan persefahaman dalam masyarakat yang harmoni, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara Senator K. Saraswathy.

Merujuk kepada video tular yang didakwa memaparkan tiga penyampai dari stesen radio milik Astro mempersendakan ritual keagamaan, beliau berkata tindakan itu bukan sahaja menyinggung perasaan tetapi juga mencerminkan kekurangan sensitiviti budaya dan agama.

“Media memainkan peranan penting dalam membentuk sikap masyarakat, dan mereka mesti melakukannya dengan penuh hormat serta kesedaran terhadap kepelbagaian warisan budaya Malaysia. Mereka mempunyai tanggungjawab untuk mempromosikan keterangkuman dan persefahaman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Civic Type R remuk kemalangan dengan Unser, seorang mautBaca artikel lain:

Saraswathy berkata Kementerian Perpaduan Negara secara aktif memupuk keharmonian nasional melalui konsep Faham, Hormat dan Terima.

“Bagaimanapun, satu tindakan tidak sensitif seperti ini menjejaskan usaha berterusan kementerian dalam memperkasakan agenda perpaduan negara,” katanya.

Beliau bagaimanapun menghargai tindakan pantas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dalam menangani isu berkenaan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This