SEBAGAI sebuah kerajaan prihatin, para pemimpin negara pastinya sudah mempunyai hala tulu jelas tentang bagaimana untuk mengatasi masalah jenayah siber yang semakin membarah sejak kebelakangan ini.
Antara tindakan tuntas diambil adalah dengan menguatkuasakan undang-undang yang diyakini mampu membendung masalah tersebut seperti melaksanakan pelesenan bagi penyedia platform media sosial.
Ia dilihat penting sebagai usaha kerajaan untuk memantau platform-platform ini yang menjadi ‘sarang’ jenayah dalam usaha mengekang daripada terus berleluasa.
Pakar Keselamatan Maklumat, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Nur Izura Udzir melihat, ketetapan ini sebagai sinar baharu dalam membendung pelbagai masalah jenayah.
“Kalau tiada undang-undang orang buat sesuka hati, apa akan jadi kepada negara dan dunia yang kita duduki ini? Mungkin akan ada orang kata susahlah ada undang-undang, dari satu segi mungkin ia akan menyekat.
“Kita melihat yang mana akan mendatangkan lebih banyak kebaikan, tak boleh semuanya sewenang-wenangnya,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.
Baca artikel lain: Peter Anthony ada 14 hari sebelum hilang kelayakan ADUN Melalap
Terdahulu, kerajaan kekal dengan pendirian untuk melaksanakan pelesenan platform media sosial yang bakal berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, penguatkuasaan pelesenan itu penting bagi mengatasi pelbagai masalah dalam internet khususnya membabitkan buli siber.
Ogos lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan semua perkhidmatan media sosial dan pesanan internet yang ketika ini mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di negara ini, perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
MCMC memberitahu langkah itu akan dikuat kuasa bermula 1 Januari 2025, susulan kerangka kawal selia baharu ke atas perkhidmatan media sosial dan perkhidmatan pesanan Internet diperkenalkan.
Dalam pada itu, Prof Nur Izura gembira apabila melihat penyedia platform media sosial bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk mewajibkan mereka mendapatkan lesen sebelum beroperasi di negara ini.
Beliau berpandangan, para penyedia platform berkenaan mungkin sedar bahawa apa yang diusahakan ini adalah demi kebaikan semua pihak termasuk diri mereka sendiri.
“Cadangan untuk membuat pelesenan ini bagus, kita dapat kawal selia dengan lebih mudah melaluinya. Dari situ diharapkan platform media sosial ini lebih bertanggungjawab atas perkhidmatan yang mereka sediakan.
“Jangan sekadar memberikan perkhidmatan dan membiarkan sahaja mana-mana pihak melakukan perkara sesuka hati mereka. Mereka perlu kawal, itu tanggungjawab pihak penyedia platform media sosial,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram
FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

