SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Perak esok.
Berita Harian melaporkan, mesyuarat yang akan bermula pada jam 10 pagi di Menara SPR itu, bakal menetapkan tarikh penting bagi segala urusan proses PRK seperti hari penamaan calon, tarikh mengundi awal dan hari pengundian.
Ia sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara XXXVI (5), Bahagian Pertama, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, kekosongan luar jangka berkenaan hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan oleh SPR kekosongan berkenaan berlaku.
PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian wakil rakyat kawasan itu, Allahyarham Ishsam Shahrudddin, 59, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah, susulan serangan jantung ketika menyertai kejohanan bola sepak di Pulau Pinang.
Baca artikel lain: Proses bedah siasat Pegawai Tribunal Kastam belum selesai – polis
Pada PRU-15, Ishsam mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan 2,213 majoriti undi iaitu dengan 9,088 bilangan undi dalam pertembungan lima penjuru, mendahului calon PH (6,875), PN (6,812), Parti Pejuang Tanahair (105) dan Parti Sosialis Malaysia (586).
Kerusi DUN Ayer Kuning menjadi kubu kuat BN sejak lapan penggal lalu.
Bekas wakil rakyatnya, Datuk Azman Mahalan, memenangi kerusi berkenaan selama empat penggal berturut-turut sejak 1986 hingga 2004.
Penguasaan BN di kerusi itu diteruskan pula dari 2004 sehingga 2022 oleh Datuk Samsudin Abu Hassan.
Berdasarkan Daftar Pemilih SPR pada 2022, DUN Ayer Kuning memiliki seramai 31,940 pengundi dengan Melayu (55.64 peratus), Cina (21.99 peratus), India (14.30 peratus) dan Lain-lain (8.07 peratus).
Daripada jumlah keseluruhan pengundi berdaftar itu, seramai 15,020 daripadanya berusia antara 18 hingga 39 tahun.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

