Kumpulan Rentas Parti Parlimen ditubuh, kukuh keharmonian kaum, agama

Dari Penulis

KUMPULAN Rentas Parti Parlimen Malaysia Keharmonian Kaum dan Agama (KRPPM-KKA) yang berfungsi sebagai platform mengenal pasti dan mencari solusi serta kesedaran isu berkaitan keharmonian kaum dan agama di Malaysia, telah diluluskan penubuhannya pada 28 Jan lepas.

Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan berkata kelulusan itu diperoleh melalui surat rasmi yang dihantar Dewan Rakyat kepada beliau selaku Pengerusi KRPPM-KKA.

Beliau berkata berdasarkan perkembangan isu semasa, KRPPM-KKA melihat keperluan mendesak untuk menghimpunkan semua pihak berkepentingan bagi membincangkan hala tuju keharmonian kaum dan agama di Malaysia.

“KRPPM-KKA juga menegaskan komitmennya untuk menggerakkan kesedaran, advokasi, serta mengemukakan cadangan-cadangan perundangan kepada pembuat dasar.

Usaha ini bertujuan memastikan keharmonian kaum dan agama di Malaysia terus terpelihara dan diperkukuhkan, selaras dengan lunas Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam sidang media di Bangunan Parlimen hari ini. 

Kumpulan itu dianggotai lapan wakil rakyat termasuk wakil parti kerajaan dan pembangkang yang melambangkan niat dan pendekatan bipartisan.

Jawatan Timbalan Pengerusi I disandang Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, Timbalan Pengerusi II Dr Hajah Halimah Ali (PN-Kapar), Setiausaha R.Yuneswaran (PH-Segamat) manakala Bendahari pula Riduan Rubin (Bebas-Tenom).

Empat ahli kumpulan itu ialah Datuk Seri Doris Sophia Brodi (GPS-Sri Aman) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar), Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) dan Lee Chean Chung (PH-Petaling Jaya).

Syahredzan berkata antara fokus yang bakal dilihat oleh kumpulan itu ialah mempelopori cadangan-cadangan perundangan, dasar dan inisiatif berkaitan dalam menyokong usaha keharmonian kaum dan agama di peringkat nasional.

Fokus lain ialah menjadi platform utama dalam mempromosikan sesi-sesi dialog dan perbincangan mengenai isu keharmonian kaum dan agama untuk semua pemegang taruh.

“Selain itu membangunkan inisiatif advokasi dan pendidikan yang menyatupadukan masyarakat pelbagai kaum dan agama dan memberi maklum balas dan cadangan kepada kementerian-kementerian berkaitan bagi melestarikan hubungan antara kumpulan kaum dan agama di Malaysia,” katanya. 

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jaslinda ditemui selamat berhampiran Pos Musoh

MISTERI pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu akhirnya...

More Articles Like This