UMNO tiada kaitan penemuan wang tunai, jongkong emas RM177 juta

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

UMNO tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas tulen dianggarkan bernilai hampir RM7 juta yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataan menegaskan, parti itu memandang serius cubaan untuk mengaitkannya dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan penemuan tersebut.

Pada masa sama, beliau berkata, UMNO berpendirian bahawa SPRM perlu diberikan ruang untuk menjalankan siasatan secara telus, bebas dan adil tanpa sebarang gangguan.

“UMNO menegaskan bahawa parti ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penemuan tersebut.

“UMNO juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang secara sengaja mengaitkan, menuduh atau mencipta persepsi bahawa parti ini mempunyai hubungan dengan kes yang sedang disiasat,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata Ismail Sabri merupakan suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram selepas penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta di dalam sebuah safehouse susulan serbuan dilakukan pihaknya.

Baca artikel lain: Kes Ismail Sabri: ‘Jangan kita hukum sebelum selesai proses’ – PM

Fokus siasatan tertumpu kepada perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti semasa beliau menerajui pentadbiran negara.

Setakat ini, SPRM telah merakam percakapan 31 individu serta membekukan 13 akaun bank bernilai kira-kira RM2 juta dengan kesemua akaun adalah sah dan aktif.

SPRM sebelum ini telah menyita wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang antarabangsa antaranya Baht, Riyal, Pound Sterling, Won, Euro, Swiss Franc dan Yuan, serta 16 kilogram jongkong emas tulen dianggarkan bernilai hampir RM7 juta.

Media melaporkan proses memberi keterangan semula Ismail Sabri yang dijadualkan semalam terpaksa ditangguhkan atas sebab kesihatan.

Sesi rakaman percakapan itu dijadualkan semula pada pukul 10 pagi, Jumaat ini di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This