MALAYSIA meraikan pencapaian penting di peringkat global apabila ZTE Corporation dianugerahkan GSMA Foundry Innovation Award yang berprestij untuk “Minimalist Private 5G for Entertainment” di Global Mobile Awards semasa Mobile World Congress (MWC) Barcelona 2025.
Anugerah itu mengiktiraf penggunaan inovatif penyelesaian 5G-Advanced ZTE dalam menyiarkan secara langsung siaran langsung pertama dunia yang dikuasakan oleh 5G-A bagi Sukan Malaysia (SUKMA) 2024, dengan kerjasama CelcomDigi, U Mobile dan RTM.
Mengulas mengenai anugerah tersebut, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, yang berada di Sepanyol untuk lawatan kerja dua hari, berkata anugerah tersebut merupakan bukti kedudukan Malaysia sebagai pintu masuk kepada inovasi 5G di rantau ASEAN.
“Ia mencerminkan komitmen teguh kami untuk meningkatkan kesalinghubungan, memajukan teknologi, dan memperkayakan kehidupan rakyat Malaysia.
“Kami kekal komited untuk meneruskan kerjasama serantau dan memperlihatkan apa yang mungkin apabila teknologi bertemu dengan cita-cita,” katanya.
Teo mewakili Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil semasa lawatan kerja tersebut.
Selain daripada SUKMA 2024, penyelesaian tersebut telah digunakan pada acara penting, termasuk wawancara siaran langsung yang berkerjasama dengan Mobile World Live di MWC Barcelona 2025, memimpin tren baru transformasi industri.
Pengiktirafan di MWC Barcelona 2025 mengesahkan visi strategik Malaysia sebagai platform untuk kemajuan teknologi transformatif, menggambarkan impak dunia nyata sambungan 5G-A dalam meningkatkan penyiaran acara langsung dan seterusnya.
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), penggulungan 5G di Malaysia kini telah mencapai 82.4 peratus kawasan berpenduduk.
Negara ini telah menyaksikan pertumbuhan dalam beberapa aplikasi dan kes penggunaan yang berdaya 5G, termasuk SUKMA 2024. Inisiatif-inisiatif ini telah meletakkan asas untuk infrastruktur digital yang kukuh, memastikan akses berkelajuan tinggi kepada lebih ramai rakyat Malaysia dan meningkatkan kemampuan mereka untuk menikmati dan melibatkan diri dengan kandungan digital secara lancar.
MWC yang baru tamat membawa bersama-sama pemimpin global, syarikat permulaan, dan teknologi maju untuk meneroka bagaimana kecerdasan buatan (AI), 5G Advance, dan inovasi membentuk masa depan.
Acara tersebut, yang berlangsung dari 3 hingga 6 Mac, menarik lebih 101,000 pengunjung dan 2,700 pameran global.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

