PELAKON Datin Atikah Suhaime selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya pada pukul 5.17 petang tadi.
Bayi perempuan seberat 2.9 kilogram itu diberi nama Lyla Mulan Teh.
“Alhamdulillah. Anak mummy yang cantik.
“Rasa sangat teruja dan tak sangka saya dah ada bayi.
“Lega sangat sebab rasanya macam dah lama hamil,” katanya menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.
Dalam hantaran lain, Atikah atau nama lengkapnya Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, turut berkongsi video saat pertama kali permata hatinya berada di dakapannya.
Untuk rekod, Atikah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh pada Januari 2024.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

