Siri 2: “Menjadi Muslim harus kuat” Fethullah Gulen  

Dari Penulis

Rangkaian Gulen pun bermula, sasaran utamanya adalah golongan remaja dan pelajar sekolah. Sebagai permulaan, dia menganjurkan summer camps untuk menarik minat golongan tersebut. Di dalam summer camps itulah diajar tentang rukun-rukun Islam dan persatuan pelajar atau mahasiswa dikenali sebagai ‘Lighthouses’ ditubuhkan.

Dia cuba untuk mengalih kesetiaan masyarakat Islam Turki daripada empayar Ottoman kepada Republik Sekular Turki walaupun pada hakikatnya rejim memberikan tekanan yang hebat kepada Muslim ketika itu.

Tidak kisahlah walau apa pun tekanannya namun Gulen tetap meneruskan cita-citanya untuk menyatukan Muslim Turki menjadi satu komuniti yang kuat. Mesejnya cukup jelas bahawa untuk menjadi kuat bukan sekadar memberi tumpuan soal agama saja tetapi juga bidang lain.

Artikel berkaitan: Siri 1:Fethullah Gulen budak kampung yang menyinari persada dunia

Tanpa tekanan dari pemerintah, memberikan Gulen jalan mudah untuk mengembangkan lagi jaringan pengaruhnya. Tumpuannya adalah untuk meneruskan usaha bagi mengujudkan satu rangkaian yang kukuh bagi pergerakan Gulen.

Bermula dengan sekolah persendirian, penduduk setempat, universiti, media dan kakitangan awam adalah kumpulan pertama diperkenalkan kepada ideologinya. Gulen menjadikan kumpulan itu sebagai pelopor Islam moden dan bukannya Islam yang berlandaskan kepada kerangka etnik.

Izhmir mencipta suasana yang berbeza bagi Gulen, dia bukan saja iman yang memberikan khutbah, penceramah, pendakwah juga mampu menjana pendapatan yang tinggi. Dia berjaya sebagai usahawan dan kaya raya, dengan kekayaan itu dia mampu untuk memiliki akhbar utama Turki (Zaman), stesen televisyen dan radio. Dia juga menguasai universiti utama di Istanbul dan Ankara.

Pergerakan Gulen menjadi satu tarikan kerana memberi keutamaan kepada berkhidmat untuk kebajikan. Dari hari ke hari pergerakan itu terus berkembang menjadi rangkaian Muslim paling besar di dunia. Ia dikatakan sebagai wajah baru Islam atau mungkin juga digambarkan sebagai pakatan jahat yang tersembunyi?

Namun jelasnya dari Kenya ke Kazakhstan, rangkaian baru Islam itu berjaya menarik berjuta-juta pengikut dan memanggil berjuta ringgit masuk ke dalam tabung pergerakan hasil sumbangan pengikutnya.

Rangkaian yang besar itu sebenarnya juga berbeza dari sebarang pergerakan yang ada di dunia ini. Ia cukup unik, tanpa struktur yang formal, tidak ada organisasi dan tidak perlu keahlian rasmi.

Penyokong Gulen berpendapat, gerakan itu dijalankan atas landasan kerjasama dan persefahaman. Tanpa ada arahan kecuali setiap anggota pergerakan memang sudah terkesan di hati mesej Fethullah Gulen. Yang jelas memperjuangkan toleransi Islam yang menekankan altruism, bekerja kuat dan pendidikan.

Hari ini, dianggarkan ada 10 juta penyokong pergerakan itu di Turki. Dan kajian terbaru membuktikan bahawa mereka menyumbangkan 5-20 peratus pendapatan bulanan kepada kumpulan yang bergabung dengan pergerakan Gulen. Sesiapa saja termasuk ahli politik amat berbangga jika dikatakan ada kaitan dengan pergerakan Gulen.

Walaupun mempunyai latar belakang sebagai imam, namun Fethullah Gulen amat terkenal kerana peranannya membangunkan beratus sekolah di Turki, Asia Tengah, Timur Tengah dan Eropah.

Semua sekolah itu dikendalikan oleh Fethullah Cilar yang terdiri daripada penyokongnya. Di Turki sekolah tersebut diselenggarakan oleh pihak tentera dengan sumber kewangannya adalah dari dana sumbangan ahli dan di sekolah itu juga dijadikan tempat untuk brainwash golongan muda.

Selama bertahun-tahun, ramai pengikut dan anak murid Gulen yang berjaya, berpengaruh dan kaya raya. Sekolahnya adalah yang terbaik di seluruh dunia, menyediakan kemudahan moden, menjamin hak persamaan gender dan mengutamakan Bahasa Inggeris sejak awal pendidikan.  Jadi tidak mustahillah sekolahnya kerap memenangi anugerah di dalam setiap pertandingan.

Setelah puas berbakti untuk generasi muda di Turki, Gulen mengambil langkah berhijrah ke Amerika Syarikat pada 1997. Sebenarnya pemergiannya itu adalah sebagai mengelak daripada dikenakan tahanan di rumah.

Selain itu ia juga untuk mendapatkan rawatan bagi penyakitnya dan melebar sayapnya ke peringkat dunia. Ternyata tindakannya itu tidak sia-sia, apabila pengaruhnya terus kukuh di dalam hati setiap pengikutnya.

Mencipta kejayaan

Paling penting penglibatannya di dalam pendidikan, tanpa mengira batasan etnik. Berada jauh dari tanah kelahirannya, Gulen tetap mempertahankan identiti Turki walaupun di dalam pergerakannya.

Walaupun ketika anda berada di Jerman, identiti sekolah pergerakan Gulen tetap mengekalkan budaya Turki. Begitu juga halnya bagi negara yang pernah menjadi sekutu Soviet dengan mudah menerima pengaruh Turki.

Namun tidak kepada budaya negara jiran seperti Rusia, China dan Iran. Hingga dikatakan, “Jika anda bertemu dengan anak muda yang bersopan santun di Asia Tengah yang boleh bertutur di dalam bahasa Inggeris dan Turki dengan baik, mereka itulah hasil sistem pendidikan sekolah Gulen.”

Di Kyrgyzstan misalnya, gerakan itu telah berjaya menubuhkan universiti dan banyak sekolah tinggi yang cemerlang di peringkat antarabangsa. Apa kurangnya dengan Pakistan, pelajar sekolah Gulen wajib belajar lagu Turki sebagaimana pentingnya makmal sains.

Amat menarik, pergerakan Gulen telah berjaya mempunyai kepentingan di utara Iran seperti sekolah, hospital dan universiti. Sebenarnya kawasan konflik Turki-Kurdish bukanlah satu persekitaran yang sihat bagi institusi Turki untuk berkembang. Namun pergerakan itu telah berjaya menjalin hubungan erat dengan setiap etnik dan kumpulan agama. Itulah kejayaan namanya.

Pengaruh yang dibawa oleh gerakan Gulen agak mengejutkan para pemerhati Islam. Cuba namakan satu rangkaian pergerakan Islam yang aktif, ramai yang akan terfikir Ikhwanul Muslimin yang keahliannya hampir mencakupi keseluruhan bumi Mesir.

Ia adalah pergerakan yang paling bertahan lama iaitu bermula tahun 1920 hingga hari ini yang menentang sekularisme dan kolonialisme. Ternyata di mana saja ada Muslim yang aktif di dalam politik di negara barat maka Ikhwanul Muslimin akan wujud sama. Ia memberi sokongan kepada pertubuhan Islam di Perancis, Eropah, Amerika Syarikat dan Britain. Ideologi yang dibawakannya adalah mengambil kesempatan dari sistem demokrasi sekular, ia juga mendesak pemerintahan yang lebih islamik.

Namun dalam banyak hal, idea yang dibawakan oleh pergerakan Gulen lebih mudah diterima oleh golongan Muslim muda iaitu tidak menjadi kesalahan untuk meraih peluang dari dunia Barat namun pada masa yang sama terus memegang kukuh asas Islam. Intonasi itulah yang mengekalkan gerakan Gulen terus disenangi dan mendapat sambutan di seluruh dunia.

Dia tidak pernah membayangkan atau bercita-cita untuk dipilih sebagai figura yang penting di dalam dunia. Setiap saat yang dilakukan adalah untuk mencuba menjadi hamba Allah yang taat dan sentiasa merendah hati dengan masyarakat sekeliling.

Walaupun banyak jasanya kepada rakyat Turki namun beliau dituduh oleh Kerajaan Turki sebagai dalang disebalik rampasan kuasa pada tahun 2016 menggulingkan kerajaan Presiden Recep Tayyip Erdogas dan dilabel sebagai pengganas. Natijahnya, pada tahun 2017 Gulen dilucutkan kewarganegaraan oleh Kerajaan Turki sebagai hukuman.

Pada Oktober 2024 yang lalu beliau menghembuskan nafasnya di hospital ketika usianya 83 tahun. Pemergiannya sudah pasti ditangisi oleh jutaan pengikutnya di seluruh dunia dengan meninggalkan jasa yang tidak ternilai kepada rakyat Turki. Wallahu a’lam  

________________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Agong titah KP SPRM laksana amanah penuh integriti

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan nasihat kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abdul Halim...

More Articles Like This