KERAJAAN Negeri Selangor bersedia menghulurkan bantuan kepada pelajar dari negeri itu yang dilaporkan terlibat dalam insiden kemalangan jalan raya di Jordan, kelmarin.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam hantaran di Facebook memaklumkan, dua orang pelajar dari Selangor dikenalpasti telah terlibat dalam kejadian tersebut.
Menurut beliau, dua orang pelajar tersebut adalah Sumayya Azamuddin dan Fatimah Nuha Mustaza.
Amirudin memberitahu, Sumayya dilapor telah cedera ringan akibat kemalangan tersebut manakala Fatimah Nuha pula mengalami kecederaan parah dan sedang menerima rawatan lanjut.
“Saya telah dimaklumkan berkenaan satu insiden kemalangan melibatkan pelajar Selangor di Jordan.
“Pejabat saya telah berhubung dengan waris dan keluarga pelajar yang terlibat serta akan memantau keadaan dari semasa ke semasa.
“Insya-Allah, kerajaan negeri bersedia menghulurkan bantuan terhadap keluarga pelajar terbabit.
Baca artikel lain: Empat pelajar Malaysia cedera kemalangan di Jordan
“Marilah bersama-sama kita berdoa agar pelajar tersebut dipermudahkan urusan dan pulih seperti sediakala, Insya-Allah,” katanya dalam hantaran tersebut.
Terdahulu, UtusanTV melaporkan empat pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di Universiti Mu’tah, Jordan dilapor cedera selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khaled dalam hantaran di Facebook memaklumkan, dua daripada empat pelajar itu berasal dari Johor.
Dua pelajar dari Johor yang mengalami kecederaan itu dikenali sebagai Muhammad Zaqwan Azhar Masjudin dan Muhammad Ilham Dzurllkanian @ Zulkarnian.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

