WISMA Putra berjaya menggalas tanggungjawab dan ikhtiar Kerajaan MADANI dalam menaikkan imej negara di pentas antarabangsa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kejayaan itu berdasarkan kunjungannya ke luar negara termasuk dalam kalangan anggota ASEAN.
“Terima kasih warga Kementerian Luar kerana dapat mengangkat ikhtiar dan usaha yang membanggakan serta dibebankan dengan tugas yang jauh lebih besar berbanding beberapa tahun sebelum ini.
“(Berdasarkan) pengalaman saya bersama-sama dalam kunjungan dan ke luar negara (termasuk) ASEAN terutamanya beberapa negara luar, saya melihat prestasi membanggakan bukan sahaja kepada saya tetapi juga kepada negara,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Luar, hari ini.
Baca artikel lain: Selaraskan perundangan CCUS, elak pertindihan Persekutuan dan Sarawak – TPM
Yang turut hadir isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad (MPB), Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid; Pengarang Urusan Kumpulan (GME) MPB, Jasbant Singh dan Pengarang Kumpulan Berita Harian (BH), Zulkifli Jalil.
Anwar berkata, Wisma Putra yang diterajui Mohamad juga menjadi perhubungan penting dalam membawa visi dan dasar antara Malaysia serta negara luar.
“Saya tak bergurau, ini adalah nota serius, apabila Perdana Menteri jemput, tidak semua duta datang tetapi apabila Menteri luar yang buat jemputan, saya lihat ramai (duta dan wakil negara luar) hadir tanpa gagal.
“Ini secara tidak langsung membuktikan kekuatan dan pengaruh Menteri Luar, tahniah dan sekali lagi terima kasih,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

