21 lokasi di KRT dikenalpasti jadi tapak Perpaduan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEBANYAK 21 lokasi yang berpotensi di seluruh negara telah dikenalpasti Kementerian Perpaduan Negara untuk dijadikan sebagai tapak Perpaduan.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang memaklumkan pelaksanaan tapak Perpaduan itu akan dibangunkan di kawasan rukun tetangga (KRT) perumahan strata kos rendah menerusi projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal.

Menurut Aaron, perkara itu antara intipati yang telah dibincangkan dalam mesyuarat bersama Exco-Exco Perpaduan Negeri dan Exco-Exco Hal Ehwal Agama Selain Islam (MExUnity) yang dipengerusikannya, hari ini.

“Sebanyak 21 tapak lokasi yang berpotensi telah dikenalpasti oleh Kementerian Perpaduan Negara untuk pembangunan ruang fizikal dan ruang sosial melibatkan 14 negeri.

“Antara cadangan projek adalah pembinaan dewan terbuka, pembinaan taman permainan kanak-kanak, pembinaan gazebo, sudut hijau, pusat kegiatan sukan, pusat kegiatan komuniti berpusat, perpustakaan komuniti dan pembinaan trek berjalan,” katanya dalam hantaran di platform X, hari ini.

Baca artikel lain: Debat Saravanan-Zamri: ‘Saya harap perdebatan tidak diteruskan’ – Aaron

Mengulas lanjut, Aaron memaklumkan, perkara lain yang telah dibincangkan dalam mesyuarat itu adalah berhubung pelaksanaan pemutihan 584 tanah-tanah premis perpaduan, pengurusan isu-isu perpaduan di peringkat akar umbi dan pelaksanaan Sambutan Minggu Perpaduan 2025.

Selain itu, mesyuarat turut membincangkan mengenai Laporan Pencapaian Pelaksanaan Inisiatif Pemerkasaan Rukun Tetangga Progresif pada tahun lepas, yang menurutnya sebanyak 152 Rukun Tetangga dimodelkan sebagai penggerak komuniti progresif.

“Jumlah ini melebihi sasaran awal yang ditetapkan iaitu 116 Rukun Tetangga. Pelaksanaan projek ekonomi oleh komuniti Rukun Tetangga antara lain bertujuan membantu menjana pendapatan komuniti dan membantu mengurangkan kos sara hidup komuniti,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MOSTI siasat cahaya terang di ruang udara Sabah, tiada serpihan ditemui

KEMENTERIAN Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang menjalankan pemantauan aktif susulan laporan penampakan cahaya terang di ruang udara Sabah...

More Articles Like This