POLIS mengesahkan telah membuka kertas siasatan berhubung video tular memaparkan sekumpulan pemandu kereta memandu secara berbahaya di selekoh Jalan Genting Highlands.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian menerusi pesanan ringkas di Facebook, semalam.
Beliau berkata, menerusi video tular dapat dilihat sekumpulan pemilik kenderaan memandu secara berbahaya sehingga menimbulkan kebimbangan dan kegusaran masyarakat.
“Polis membuka kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan berbahaya kepada orang awam,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan.
Tindakan tegas akan diambil dan operasi bersepadu di sekitar lokasi berkenaan juga akan dibuat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

