Kakak pemandu Jazz sebabkan kematian dua murid mohon maaf

Dari Penulis

KAKAK kepada pemandu Honda Jazz yang terlibat dalam kemalangan maut di Senawang pada Khamis lalu, tampil memohon maaf kepada keluarga mangsa dan rakyat Malaysia hari ini.

Menerusi satu hantaran di media sosial, wanita dikenali Nur Athirah Najwa itu mengakui kesilapannya dalam mengeluarkan hantaran yang menyinggung perasaan serta mengundang kemarahan orang ramai.

“Assalamualaikum, saya Nur Athirah Najwa, kakak kepada pelaku yang terbabit dalam kemalangan di Senawang.

“Saya ingin memohon maaf kepada pihak keluarga mangsa dan semua rakyat Malaysia atas ‘posting’ (hantaran) dan komen yang keterlaluan sehingga membuat semua marah.

“Saya sedar saya muat naik ‘posting’ dan komen itu dalam keadaan yang emosi. Saya betul-betul minta maaf dan saya menyesal,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial kenyataan dimuat naik Nur Athirah yang mencetuskan kemarahan warganet apabila mempertahankan adiknya susulan kemalangan maut tersebut.

UtusanTV sebelum ini melaporkan, dua murid lelaki berusia 15 dan 16 tahun maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh kereta Honda Jazz di Jalan Persiaran Senawang 1 berhampiran persimpangan lampu isyarat Matahari Height pada, Khamis lalu.

Dalam kejadian 8.30 malam itu, penunggang dan pembonceng Modenas Kriss disahkan maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Honda Jazz yang dipandu lelaki berumur 18 tahun bersama seorang penumpang lelaki berusia 17 tahun sedang bergerak dari arah Senawang menuju ke Paroi.

Sampai di lokasi kejadian, pemandu kereta dipercayai gagal berhenti di lampu isyarat merah dan melanggar motosikal jenis Modenas Kriss dinaiki kedua-dua mangsa dan sebuah lagi motosikal jenis Honda Vario yang datang dari arah sebelah kiri.

Berdasarkan siasata, pemandu Jazz didapati tidak mempunyai lesen memandu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Parlimen dijangka dibubar selepas pembentangan Belanjawan – Penganalisis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membubarkan Parlimen pada bulan November iaitu selepas pembentangan Belanjawan 2027, Oktober depan. Pengarah...

More Articles Like This