RM2.5 juta diperuntuk bina R&R sementara di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama – Wan Rosdy

Dari Penulis

SEBANYAK RM2.5 juta diperuntukkan untuk membina beberapa hentian Rehat dan Rawat (R&R) sementara di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU), dekat Lipis.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembinaan R&R di beberapa lokasi yang telah dikenal pasti itu dijangka siap seminggu sebelum Aidilfitri tahun ini.

Beliau berkata, pembinaan R&R itu akan memberi kemudahan buat pengguna laluan berkenaan berehat sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju mereka.

“Pembinaan R&R sementara itu bakal memberi kemudahan untuk pengguna laluan berkenaan yang akan pulang berhari raya berehat,” katanya memetik laporan Berita Harian Online.

Wan Rosdy menambah, pembinaan R&R itu susulan aduan daripada ramai pengguna berhubung ketiadaan lokasi sesuai untuk berhenti rehat sepanjang laluan berkenaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This