DBKL kompaun, sita penjaja tanpa lesen, warga asing di Segambut

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap penjaja tanpa lesen dan penjaja warga asing di Jalan Damanlela, Segambut.

DBKL dalam hantaran di Facebook memaklumkan, tindakan penguatkuasaan itu dijalankan melalui Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur.

Dalam tindakan penguatkuasaan itu, DBKL memberitahu, sebanyak sembilan kompaun telah dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan 3(1), UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

“Satu kes dikenakan tindakan sita dan satu lagi kompaun dikeluarkan di bawah Seksyen 46(1)(d) menerusi Peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Baca artikel lain: Peniaga wanita gigit Penguat Kuasa DBKL direman polis

“Pasukan operasi Jabatan Imigresen turut membuat tangkapan terhadap tiga orang penjaja warga asing yang tidak memiliki dokumen yang sah,” katanya dalam hantaran tersebut, hari ini.

Mengulas lanjut, DBKL memberitahu, semua barangan yang dikenakan tindakan sita dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk tindakan rekod dan dokumentasi.

“Pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti,” katanya.

Untuk aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di https://adukl.dbkl.gov.my/.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa bumi Mindanao: METMalaysia tamatkan nasihat tsunami di perairan Sabah

NASIHAT tsunami yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini bagi kawasan pantai di Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad...

More Articles Like This