MALAYAN Flour Mills Berhad (MFM) dengan bangganya memperkenalkan kempen ‘Resipi Dari Hati MFM, Dari Dulu Hingga Kini’, sebagai penghargaan kepada resipi tradisi yang dapat mengeratkan hubungan silaturahim serta mengukuhkan ikatan kekeluargaan.
Kempen ini bertujuan untuk menekankan kepentingan memelihara resipi keluarga, mengeratkan hubungan antara generasi dan meraikan budaya berkongsi hidangan yang disediakan dengan penuh kasih sayang secara turun-temurun.
Sejak tahun 1966 – jenama tepung MFM – telah menjadi sebahagian daripada warisan keluarga lebih daripada lima dekad. Kini, produk-produk MFM seperti MFM Cap Ros muncul sebagai ikon bagi pelbagai resipi yang melangkaui generasi.
Kempen ini juga memainkan peranan sebagai pelengkap yang menghubungkan kenangan masa lalu dan masa kini.
Setiap resipi mengandungi pelbagai cerita tersendiri, daripada gelak tawa di dapur nenek hingga kreativiti anak muda, menjadikan setiap hidangan bukan sekadar hidangan biasa, tetapi satu kapsul rasa yang abadi.
MFM Cap Ros: Warisan Kepercayaan yang Diturunkan dari Generasi ke Generasi
Selama lebih 60 tahun tepung MFM telah menjadi jenama pilihan keluarga di Malaysia, dan kepercayaan ini diwariskan dari satu generasi ke generasi berikutnya.
Tepung MFM Cap Ros bukan sekadar bahan masakan biasa, malah ia adalah simbol kesinambungan yang membolehkan keluarga menghasilkan semula rasa asli dan diwariskan kepada generasi yang berikutnya.
Tepung MFM Cap Ros yang dihasilkan melalui proses teliti bagi mengekalkan kualitinya dan diperkayakan dengan Vitamin B1, B2, Niasin and Zat Besi yang sesuai digunakan untuk pelbagai juadah tradisional.
Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan Melalui Masakan
Kempen menekankan bahawa memasak bersama keluarga bukan sekadar menyediakan hidangan atau kongsi resipi, tetapi juga dapat mengeratkan hubungan di antara seisi keluarga.
Sama ada seorang nenek mengajar cucunya cara terbaik menguli doh, atau adik-beradik berkerjasama membuat kuih raya, dapur menjadi ruang untuk berkongsi makanan, cerita, ketawa dan menzahirkan rasa kasih sayang.
Berkongsi Resipi: Tradisi Keluarga
Pewarisan resipi sebagai tradisi keluarga adalah salah satu elemen utama dalam budaya Malaysia.
Kempen ‘Resipi Dari Hati MFM, Dari Dulu Hingga Kini’ menggalakkan setiap keluarga untuk menyelak semula buku resipi lama dan mencipta kenangan baharu melalui pengalaman memasak yang dapat dikongsi bersama.
Sama ada menyajikan hidangan yang diwarisi turun-temurun atau dengan sentuhan moden pada resipi klasik, setiap sajian memaparkan kisah warisan dan kasih sayang.
Tiga Resipi Pilihan Tepung MFM Cap Ros untuk Menyemarakkan Raya
Bagi memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menghargai warisan masakan mereka, MFM berkongsi tiga resipi kegemaran yang wajib dicuba:
- Kuih Almond London: Biskut yang sering dinikmati pada musim perayaan, melambangkan kemurahan hati dan keharmonian.
- Kuih Lapis Legit: Menghargai kesabaran dan keindahan tradisi yang tidak lapuk dek zaman.
- Kuih Bahulu Cheesecake: Gabungan moden dan klasik yang menyatukan inovasi dan warisan.
Setiap Tepung Ada Kisah Tersendiri
“Tepung MFM Cap Ros bukan hanya sekadar tepung, ia mempunyai pengertian tersirat dalam setiap keluarga kita,” bicara jurucakap MFM.
“Apabila seorang nenek mengajar cucunya cara membuat Kuih Lapis, ia bukan sekadar memasak sahaja, tapi adalah warisan yang dikongsikan.”
Pada Hari Raya ini, MFM mempelawa semua keluarga untuk meraikan kasih sayang melalui hidangan yang dimasak bersama di rumah melalui kempen ‘Resipi Dari Hati MFM, Dari Dulu Hingga Kini’.
Dapur bukan hanya tempat untuk memasak, ia adalah ruang di mana kenangan tercipta, tradisi dihormati, dan kasih sayang diwariskan dari satu generasi ke generasi seterusnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

