Projek pembangunan, kebajikan rakyat diteruskan di semua kawasan – PM

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan segala projek pembangunan dan kebajikan rakyat di semua kawasan akan diteruskan, sama ada peruntukan itu disalurkan melalui Ahli Parlimen kawasan tersebut atau tidak.

Beliau berkata, ia termasuk program pembasmian kemiskinan tegar yang dilaksanakan secara menyeluruh tanpa mengira kawasan.

“Sama ada ia (peruntukan disalur) melalui Ahli Parlimen atau tidak, projek (untuk) rakyat diteruskan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Ihya’ Ramadan bersama warga Kementerian Belia dan Sukan (KBS), hari ini.

Perdana Menteri seterusnya menasihati Ahli Parlimen pembangkang supaya tidak mempolemikkan isu peruntukan tersebut sehingga membuat dakwaan kononnya mereka dihimpit beban kewangan kerana tidak menerimanya.

Anwar menjelaskan perkara itu tidak wajar kerana setiap Ahli Parlimen, termasuk pembangkang, menerima pendapatan hingga RM40,000.

Baca artikel lain: PM dijadual terima kunjungan hormat Duta AS ke Malaysia petang ini

Ia termasuk elaun tetap sekitar RM25,700 serta lain-lain seperti elaun sidang, elaun Mesyuarat Jawatankuasa Parlimen serta elaun perjalanan.

“Ramai Ahli Parlimen pembangkang menceritakan betapa susahnya hidup mereka kerana tidak dapat peruntukan… Janganlah bagi gambaran seolah-olah (hidup) terlalu sukar,” katanya.

Perdana Menteri turut mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi KBS serta meluangkan masa mendengar tazkirah dan menunaikan solat zohor secara berjemaah.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, timbalannya Adam Adli Abd Halim, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Sementara itu Hannah ketika mengulas pertemuan itu berkata Perdana Menteri memberikan panduan untuk KBS memperkasakan programnya terutama berkenaan latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk golongan belia bandar dan luar bandar.

“(Dalam pertemuan) tadi kita telah memberikan pembentangan mengenai hala tuju KBS dan memberikan laporan mengenai peruntukan yang kita terima dan bagaimana kita telah melaksanakan pelbagai program,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This