DUA buah parti sudah menyatakan hasrat bertanding solo pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN-17) Sabah yang dijangka diadakan seawal Ogos atau September depan.
Minggu lalu, Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyatakan pendirian tersebut, sebelum itu Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) pimpinan Datuk Peter Anthony mengumumkan perkara sama.
Peter sudah beberapa kali mengulangi pendiriannya untuk membawa KDM bertanding solo di lebih 40 kerusi daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan berhasrat untuk menjadi ‘king maker’.
Sementara itu, Mohd Shafie menjelaskan pihaknya lebih selesa bertanding sendiri walaupun pelbagai spekulasi dan khabar angin timbul mengaitkannya dengan parti lain, sebelum ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

