Beza kompaun kes Maestra Broadcast dengan Harith Iskander, Cecilia Yap? Ini penjelasan MCMC

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERBEZAAN kompaun yang dikenakan terhadap pengendali stesen radio Era FM iaitu Maestra Broadcast Sdn Bhd dengan isu pelawak Harith Iskander serta pengguna Facebook, Cecilia Yap dijelaskan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

MCMC dalam kenyataan memaklumkan, kompaun sebanyak RM250,000 yang dikenakan terhadap Maestra Broadcast itu berdasarkan peruntukan selepas pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang berkuat kuasa pada 11 Februari lalu.

Menurut MCMC, pindaan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 itu melibatkan hukuman denda maksimum RM500,000 dan penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Katanya, pihak pengurusan tertinggi Maestra Broadcast telah dipanggil oleh MCMC untuk memberikan penjelasan berhubung isu tersebut.

“Pihak Maestra Broadcast juga telah dinasihatkan untuk memastikan kawalan kandungan yang ketat, pematuhan kepada garis panduan kandungan dan latihan berterusan kepada kakitangan untuk mengelakkan pelanggaran undang-undang.

“Setelah mengambil kira bahawa kandungan tersebut melibatkan isu kepentingan awam yang telah mewujudkan ketidaktenteraman antara kaum dan agama, kompaun sebanyak RM250,000 telah ditetapkan terhadap syarikat berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Kompaun Maestra Broadcast ikut pindaan Akta 588 – Fahmi

Berhubung isu melibatkan Harith Iskander dan Cecelia Yap, MCMC menjelaskan, kedua-dua individu itu telah memuat naik kandungan dan komen jelik melibatkan agama Islam di Facebook pada 18 Januari lalu.

Jelasnya, kompaun sebanyak RM10,000 telah dikenakan oleh MCMC.

“Tindakan ini diambil di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, berdasarkan peruntukan sebelum pindaan akta yang berkuat kuasa pada 11 Februari 2025, di mana denda maksimum adalah RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Semalam, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kompaun RM250,000 dikenakan terhadap Maestra Broadcast Network System Sdn Bhd adalah dengan izin Timbalan Pendakwa Raya berpandukan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang berkuat kuasa 11 Februari lepas.

Fahmi menerusi ciapan di laman X berkata, pindaan Akta 588 itu antara lain memperuntukkan denda maksimum RM500,000.

“Bukan Era FM (yang dikompaun), tapi Maestra Broadcast Network Systems (MBNS) Sdn Bhd iaitu pemegang lesen (yang dikeluarkan oleh) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) yang dikompaun.

“MBNS bukan individu tapi sebuah anak syarikat milik Astro yang punyai keuntungan substantif,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Surat bahasa Cina MBIP berlaku era PH, bukan pentadbiran sekarang – Exco

KERAJAAN Johor menegaskan isu surat rasmi Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang menggunakan Bahasa Cina dan kembali tular di...

More Articles Like This