Polis kesan individu rakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan

Dari Penulis

POLIS kini mengesan individu yang merakam detik Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berjalan sambil dipimpin tangan ibunya yang tular di media sosial.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata pada peringkat ini, tumpuan polis adalah untuk mencari sumber asal atau pihak yang membuat rakaman video terbabit.

“Seterusnya, siasatan lanjut akan dijalankan untuk memastikan sama ada rakaman video berkenaan mempunyai sebarang kaitan dengan kes pembunuhan Zayn Rayyan,” katanya memetik laporan Berita Harian.

UtusanTV semalam melaporkan, polis menerima laporan daripada ibu Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf, yang memaklumkan beliau telah menerima satu pautan video Tiktok melalui aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, dalam pautan video yang berdurasi lebih kurang satu minit itu menunjukkan pengadu sedang berjalan sambil memegang tangan kedua-dua anaknya iaitu Zayn Rayyan dan adiknya yang berusia enam tahun menuju ke kawasan parkir motosikal Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai di Selangor.

Pengadu merasakan bahawa individu yang tidak dikenali ini merakam video tersebut dari kawasan Blok Apartmen Idaman yang berhadapan dengan Blok R serta rakaman dibuat dari ketinggian yang menunjukkan bahawa perakam kemungkinan besar adalah penghuni di satu daripada tingkat atas di blok tersebut.

Mohd Hafiz berkata Ismanira membuat laporan itu kerana merasakan bahawa keselamatan beliau dan keluarganya berada dalam keadaan terancam.

Ismanira juga percaya bahawa ini bukan satu kebetulan kerana tidak lama selepas rakaman ini dibuat, Zayn Rayyan ditemukan mati dengan jarak kira-kira 200 meter dari lokasi di mana video telah dirakam.

Pada 6 Disember 2023, mayat kanak-kanak malang itu ditemukan di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya dan mangsa dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menunjukkan terdapat kesan kecederaan pada leher serta badan Zayn Rayyan akibat mempertahankan diri.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Terlajak kata buruk padahnya’ – Fahmi beri ingatan kepada Onn Hafiz

"TERLAJAK kata buruk padahnya". Demikian tegas Datuk Fahmi Fadzil kepada Datuk Onn Hafiz susulan kenyataan Menteri Besar Johor itu menolak...

More Articles Like This