Abang ‘meth’ ditahan polis selepas main kejar-kejar sejauh 7km

Dari Penulis

DUA lelaki positif ‘meth’ ditahan selepas terlibat dalam aksi kejar-mengejar dengan polis sejauh 7 kilometer di Muar, 9 pagi semalam.

Video penuh klik link

https://t.me/infoutusantv/9694

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kejadian berlaku apabila sepasukan anggota polis cuba memberhentikan kenderaan suspek jenis Honda City berwarna kelabu di Jalan Pintasan Muar.

Beliau berkata, suspek bagaimanapun enggan berhenti bagi tujuan pemeriksaan dan terus memecut laju.

“Polis telah mengejar kereta suspek dan mengarahkan untuk berhenti beberapa kali.

“Kejar-mengejar hampir 7 kilometer itu berakhir di Lorong Belakang Jalan Selasih Sungai Abong, Muar apabila polis berjaya menahan kedua-dua suspek dan kereta yang dipandu,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelaasnya, suspek telah dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Muar untuk tindakan lanjut.

Saringan ujian air kencing ke atas suspek berusia 24 dan 34 tahun itu mendapati positif dadah jenis methamphetamine.

Suspek juga mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas tak buat kenyataan semata-mata beritahu terima, jawab surat – Afnan Hamimi

"BEZANYA, Pas tidak buat kenyataan media hanya semata-mata nak beritahu ia menerima dan menjawab surat." Demikian kata Ketua Dewan Pemuda...

More Articles Like This