Kerajaan MADANI telah selesaikan sembilan tuntutan berkaitan MA63 setakat ini – TPM

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KERAJAAN MADANI telah berjaya menyelesaikan sembilan tuntutan di bawah platform rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) setakat ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, antaranya adalah Pengiktirafan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Sabah dan Sarawak sebagai Jabatan Teknik Di Bawah Arahan Perbendaharaan 182 (AP182).

Selain itu, katanya, pindaan Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1995 bagi melantik wakil Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak sebagai anggota tetap LHDN dan penyerahan kuasa kawal selia bekalan gas di Sabah.

Beliau berkata, penyelesaian itu termasuk pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak secara interim masing-masing telah dinaikkan sekali ganda kepada RM600 juta bermula tahun ini.

“Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (JKTMTPMA63) yang pertama untuk tahun 2025 diadakan di Putrajaya pada hari ini.

“Mesyuarat ini amat penting bagi membolehkan Kerajaan merencana tindakan-tindakan susulan yang pragmatik berhubung status perkara / tuntutan di bawah MA63 yang masih belum selesai dilaksanakan.

“Ini selaras dengan keputusan Mesyuarat (MTPMA63) Bilangan 1 Tahun 2024 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 12 September lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Fadillah berkata, mesyuarat hari ini juga telah membincangkan enam kertas pembentangan oleh beberapa kementerian dan jabatan yang berkaitan.

Antara kertas pembentangan yang dibincangkan menurut beliau adalah status tindakan bagi perkara-perkara di bawah Kementerian Kewangan dan laporan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Berkenaan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dan Sarawak.

:Semua keputusan yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal pada hari ini akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPAM63) yang akan datang untuk pertimbangan dan persetujuan.

“Perkara / tuntutan lain berkaitan MA63 yang masih belum selesai akan terus dibincang dan dipantau oleh Jawatankuasa Teknikal Di Bawah MTPMA63,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Terlajak kata buruk padahnya’ – Fahmi beri ingatan kepada Onn Hafiz

"TERLAJAK kata buruk padahnya". Demikian tegas Datuk Fahmi Fadzil kepada Datuk Onn Hafiz susulan kenyataan Menteri Besar Johor itu menolak...

More Articles Like This