BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan akan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa sehingga siasatan selesai.
Hal itu selepas beliau hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberikan keterangan dan membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengannya.
“Hari ini, saya telah hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberikan keterangan. Saya akan terus memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa sehingga siasatan selesai,” katanya ringkas dalam kenyataann petang tadi.
Terdahulu, Ismail Sabri memberi keterangan selama kira-kira lima jam di Ibu Pejabat SPRM bermula pagi tadi kira-kira pada jam 9.45 pagi dan keluar kira-kira pada jam 3.13 petang tadi.
Media semalam melaporkan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata sijil cuti sakit Ismail Sabri berakhir hari ini.
Berikutan itu, beliau diminta hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk dirakam percakapan berdasarkan siasatan sedang dijalankan dan saksi-saksi tambahan (juga) akan dipanggil dalam tempoh terdekat secara gradual ke pejabat SPRM untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan.
Pada 3 Mac, Azam dilaporkan berkata Ismail Sabri adalah suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta dalam sebuah ‘safe house’ susulan serbuan dilakukan pihaknya.
SPRM juga dilaporkan menyita 13 akaun bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

