Faisal Halim tersenarai dalam skuad Harimau Malaya menentang Nepal

Dari Penulis

PEMAIN sayap lincah, Mohamad Faisal Abdul Halim kembali tersenarai dalam skuad Harimau Malaya, menjelang perlawanan pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor pada 25 Mac ini.

Kejutan itu dilakukan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam sidang media hari ini, semasa mengumumkan senarai 27 pemain yang dipanggil Ketua Jurulatih Peter Cklamovski bagi menjalani latihan pusat, sekali gus menamatkan penantian hampir setahun pemain itu tidak bersama skuad kebangsaan.

Bagaimanapun menerusi senarai tersebut, tiada sebarang penampilan pemain warisan baharu akan memperkuatkan skuad Harimau Malaya.

Pemain yang tidak dipanggil untuk saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2024 juga kembali membarisi skuad kali ini antaranya Dion Cools, Natxo Insa, Mohd Afiq Fazail, Romel Morales, Arif Aiman Hanapi, Muhammad Akhyar Abdul Rashid dan Muhammad Safawi Rasid.

Manakala tonggak yang bermain pada Piala AFF 2024 seperti Paulo Josue, Endrick dos Santos, Muhammad Safwan Mazlan, Muhammad Haqimi Azim Rosli dan Stuart Wilkin pula dikekalkan.

Antara pemain baharu dipanggil kali ini ialah pemain pertahanan Selangor FC Ahmad Zikri Mohd Khalili.

Skuad Harimau Malaya akan berlatih selama lapan hari di Johor Bahru sebelum aksi pembukaan menentang Nepal tersebut.

Berikut senarai 27 pemain yang dipanggil untuk ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula 17 Mac:

BILNAMAUMURPASUKAN
1.AHMAD SYIHAN HAZMI MOHAMED29JOHOR DARUL TA’ZIM
2.SHAHRUL MOHD SAAD32JOHOR DARUL TA’ZIM
3. MATTHEW DAVIES30JOHOR DARUL TA’ZIM
4.LA’VERE LAWRENCE CORBIN-ONG34JOHOR DARUL TA’ZIM
5.NATXO INSA39JOHOR DARUL TA’ZIM
6.MOHD AFIQ FAZAIL31JOHOR DARUL TA’ZIM
7.MUHAMMAD NAZMI FAIZ MANSOR31JOHOR DARUL TA’ZIM
8. ARIF AIMAN MOHD HANAPI23JOHOR DARUL TA’ZIM
9.ROMEL MORALES28JOHOR DARUL TA’ZIM
10.MOHAMADOU SUMAREH31JOHOR DARUL TA’ZIM
11.KALAMULLAH AL-HAFIZ MAT ROWI30SELANGOR
12.QUENTIN CHENG26SELANGOR
13.AHMAD ZIKRI MOHD KHALILI23SELANGOR
14.HARITH HAIQAL ADAM AFKAR23SELANGOR
15.NOOA HAMZAH LAINE23SELANGOR
16.MOHAMAD FAISAL ABDUL HALIM27SELANGOR
17.MUHAMMAD SAFAWI RASID28TERENGGANU
18.MUHAMMAD AKHYAR ABDUL RASHID26TERENGGANU
19.MUHAMMAD SAFWAN MAZLAN23TERENGGANU
20.DANIEL SANG TING33SABAH
21.STUART JOHN WILKIN27SABAH
22.PAULO JOSUE36KUALA LUMPUR CITY
23.MUHAMMAD HAQIMI AZIM ROSLI22KUALA LUMPUR CITY
24. MUHAMMAD HAZIQ NADZLI27PERAK
25.MOHAMED SYAMER KUTTY ABBA28PENANG
26.DION-JOHAN COOLS29BURIRAM UNITED
27.ENDRICK DOS SANTOS30HO CHI MINH CITY

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PN bukan milik mutlak mana-mana parti – Ahmad Samsuri

PERIKATAN Nasional (PN) bukan milik mana-mana parti secara mutlak. Demikian penegasan Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam...

More Articles Like This