Beras campur: KPDN periksa 308 premis, buka 99 kertas siasatan

Dari Penulis

SEBANYAK 99 kertas siasatan dibuka melibatkan 308 premis pengilang dan pembungkus beras yang telah diperiksa dalam Ops Campur.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, 17 sampel kampit beras yang disita telah dihantar kepada Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk dianalisis.

“MARDI mempunyai teknologi yang boleh membantu KPDN dalam membuat tindakan undang-undang kepada pihak yang terlibat,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata, sampel ini perlu diurus secara baik untuk pastikan bahan bukti ini boleh digunakan di mahkamah ketika proses pendakwaan kelak.

Selasa lalu, Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN Datuk Azman Adam mengumumkan pihaknya akan menjalankan pemeriksaan ke atas 2,000 pengilang dan pembungkus beras di seluruh negara bagi membantu Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam agenda menambah baik indusri padi dan beras negara.

Sebanyak merampas 300 kampit beras dirampas daripada 213 premis pembungkus dan pengilang yang diperiksa pada Isnin lepas.

Ia membawa kepada 48 kertas siasatan melibatkan pelbagai kesalahan dibuka.

Baca artikel lain: NACSA tingkat kesiapsiagaan negara hadapi ancaman siber menerusi NCCMP

Sementara itu, Armizan menjelaskan, keputusan untuk bertindak berikutan isu beras tempatan berlarutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Rakyat di luar sana bercerita mereka tidak mendapat bekalan, jadi apabila kita lihat bila Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) secara rasmi mengumumkan tiada peruntukan jelas, maka KPDN melihat ruang untuk melindungi kepentingan rakyat dan pengguna menggunakan Akta Perihal Dagangan 2011.

“Di bawah akta ini ada peruntukkan yang melihat kepada kesalahan untuk membuat perihal dagangan palsu.

“Jadi kalau mana-mana pihak menjual beras contohnya menjual beras dengan label import tetapi ada kandungan beras tempatan, bermakna ia ada membuat perihal dagangan palsu,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This