POLIS mengesahkan video tular penemuan mayat reput di dalam sebuah kereta Proton Wira di parkir KLCC berlaku pada Januari tahun ini.
Video penuh klik link
https://t.me/infoutusantv/9721
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pihaknya telah terkesan video tular memaparkan kejadian penemuan mayat itu hari ini.
Beliau berkata, semakan mendapati pihak polis telah menerima laporan mengenai kejadian terbabit pada pukul 5.07 petang, 25 Januari lalu.
“Siasatan telah dijalankan oleh pihak Polis Daerah Dang Wangi dengan bantuan Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kuala Lumpur.
“Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik dan Patologi Hospital Kuala Lumpur dan bedah siasat juga telah dijalankan.
“Keputusan bedah siasat masih menunggu laporan penuh makmal,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa menyemak kesahihan maklumat dan tidak mengeluarkan komen yang boleh mengguris perasaan ahli keluarga.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

