[VIDEO] Raya Nak Ke Mana?, Siti Nurhaliza kekalkan lagu raya berentak zapin & tradisional

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

BIDUANITA negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kembali memeriahkan sambutan hari raya dengan kemunculan single terbaharu, Raya Nak Ke Mana?

Single terbaharu karya Aisha Retno dan RADi menjadi buah tangan terbaharu Siti Nurhaliza dengan garapan lirik Aisha Retno serta Amylea Azizan.

Lagu raya berentak zapin ini mengembalikan nostalgia lagu raya yang pernah dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza namun mendapat sentuhan segar terbitan anak muda dua beradik, Aisha dan RADi.

“Lagu raya cukup sinonim dalam kerjaya saya dan tahun ini saya berasa bertuah kerana dapat menyanyikan sebuah lagi karya yang mempunyai keistimewaan dan berpotensi malar segar,” ujar Siti.

Sebagai artis berpengalaman, Siti gembira kerana dapat bekerjasama dengan anak muda kerana yakin setiap pengkarya mempunyai kelebihan mereka tersendiri.

Raya Nak Ke Mana? adalah bukti di mana pencipta muda juga mampu menghasilkan lagu raya yang enak di dengar, mudah diikuti serta memberikan aura kemeriahan hari raya yang dirindui.

Tambah Siti, pertama kali mendengar demo lagu Raya Nak Ke Mana?, beliau terus memutuskan untuk merakamkan lagu ini.

“Sekali dengar, lagu ini terus memikat hati apatah lagi lagu berunsurkan irama tradisional sentiasa melekat di hati saya. 

“Saya sangat berharap agar lagu ini akan diterima pendengar dan peminat seperti koleksi lagu raya lain yang pernah saya nyanyikan,” katanya.

Raya Nak Ke Mana? merupakan lagu terbitan SN Legacy Sdn. Bhd dan Universal Music Sdn.Bhd. 

Lagu ini mula dilancarkan di seluruh platform digital pada 12 Mac.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Mama takut kecewakan kakak lagi…,” – Demi impian Tiara nak adik, isteri Achey cekal tempuh rawatan IVF

DI sebalik tawa dan jenaka yang sering menghiburkan jutaan peminat, pelawak popular Achey memendam hasrat dan tekad yang besar...

More Articles Like This