SEORANG lelaki yang ditahan selepas dipercayai memukul seorang pelajar sekolah menengah sehingga retak hidung di Saujana Impian, Kajang, semalam direman sehari.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof seperti dilapor BH Online, hari ini.
Menurut Naazron, seramai enam individu telah dirakam keterangan setakat ini.
Beliau berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan berhubung kes tersebut.
Semalam, UtusanTV melaporkan seorang lelaki ditahan selepas bertindak memukul seorang murid sekolah menengah sehingga retak tulang hidung di Saujana Impian, Kajang.
Baca artikel lain: Pukul murid sampai retak tulang hidung, polis tahan lelaki berusia 39 tahun
Pihak polis menerima laporan mengenai kejadian daripada mangsa seorang lelaki tempatan berusia 17 tahun pada pukul 9.24 malam tadi.
Siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan selisih faham semasa memandu di atas jalan antara pengadu dan suspek.
Dalam kejadian itu, pengadu telah mendapatkan rawatan di Hospital Kajang dan disahkan mengalami kecederaan retak tulang batang hidung.
Siasatan mendapati pengadu tidak mempunyai lesen memandu dan telah dikenakan tindakan saman.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

