Kaitkan Nabi Muhammad dengan kronisme, nepotisme: Polis terima 13 laporan, siasat akaun Ainon Mohd

Dari Penulis

POLIS menjalankan siasatan terhadap seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama akaun Ainon Mohd yang didakwa memuat naik hantaran mengaitkan Nabi Muhammad SAW dengan amalan kronisme serta nepotisme.

Memetik laporan BH Online, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan, sebanyak 13 laporan telah diterima di seluruh negara berhubung hantaran tersebut setakat malam tadi.

Menurut Razarudin, pihaknya juga telah mengenal pasti pemilik akaun Facebook tersebut.

Beliau berkata, pemilik akaun Facebook itu dikenalpasti sebagai seorang warga emas wanita berusia 75 tahun.

“Pada masa ini siasatan sedang dijalankan dan tindakan awal kita adalah memanggil pemilik akaun laman Facebook atas nama Ainon Mohd.

“Polis sudah merakam percakapan pengadu terbabit bagi melengkapkan siasatan awal. Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Mengulas lanjut, Razarudin berkata, pihaknya turut merujuk kes tersebut kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menurunkan hantaran berkenaan.

Baca artikel lain: JAKIM akan panggil individu kaitkan Nabi Muhammad dengan kronisme, nepotisme

“Sekali lagi saya tegaskan bahawa pihak polis tidak akan sesekali berkompromi terhadap sebarang isu berkaitan 3R (Agama, Institusi Beraja dan Perkauman).

“Tindakan mengikut segala peruntukan undang-undang sedia ada akan diambil terhadap pihak yang dikesan menimbulkan suasana tidak harmoni dan mengganggu-gugat ketenteraman awam,” katanya.

Terdahulu, seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Ainon Mohd memuat naik hantaran di laman media sosial menyatakan bahawa demokrasi barat tidak mengamalkan nepotisme dan kronisme.

Dia berkata, sebagai ketua negara Islam Madinah, ‘nabi’ yang dipercayai merujuk kepada Nabi Muhammad SAW mengamalkan nepotisme dan kronisme.

Individu berkenaan turut memberikan contoh Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar sebagai mertua, Saidina Uthman dan Saidina Ali masing-masing menantu dan sepupu Nabi.

Wanita tersebut menyatakan dalam zaman ini, patutkah nepotisme dan kronisme diamalkan juga.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This