PINDAAN ke atas Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) 1981 dilihat wajar berikutan perubahan besar yang sedang berlaku dalam industri perfileman negara, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.
Selain itu, beliau berkata, pindaan juga wajar kerana industri berkenaan turut dicabar dengan kepesatan teknologi, yang menyaksikan penstriman langsung kini semakin menjadi pilihan orang ramai.
“Perubahan besar sedang berlaku termasuk dengan penstriman langsung, maka saya lihat wajar kita usahakan pindaan ke atas Akta FINAS bagi mencerminkan perubahan yang sedang berlaku,” katanya selepas menghadiri majlis “Raya Sama-Sama” bagi meraikan penggiat seni dan pengamal media, hari ini.
Baca artikel lain: Fahmi kekal Ketua Cabang PKR Lembah Pantai
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin, Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj, Timbalan Ketua Pengarang Ekonomi Azlina Aziz, Ketua Jabatan Khidmat Pengurusan dan Kewangan Bernama Sharifah Zaini Syed Zain.
Terdahulu, Fahmi menyerahkan sumbangan berupa wang tunai, pakaian raya dan baucar beli-belah kepada 50 penggiat seni dan 26 pengamal media tempatan sempena Ramadan serta sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Majlis berkenaan anjuran Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
–BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

