MINDEF nilai semula kaedah terbaik perolehan Black Hawk, jangka dimuktamad tahun ini

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pertahanan (MINDEF) dalam proses menilai semula kaedah terbaik perolehan helikopter UH-60 Black Hawk untuk digunakan Tentera Darat Malaysia (TDM), yang dijangka dimuktamadkan pada tahun ini.

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata kaedah berkenaan melibatkan perjanjian pendekatan kerajaan dengan kerajaan (G2G) atau model sewaan yang digunakan ketika ini.

“Jadi kita harus melihat proses semasa terutama dari segi harga semasa kerana kita tahu itu keperluan kita di peringkat Kementerian Pertahanan dan kita kena lalui beberapa proses sebelum kita melihat bagaimana mendapatkannya (helikopter) dan mempercepatkan usaha itu.

“Kita ada banyak model pada hari ini, sama ada G2G atau model sewaan dan perbandingan serta penilaian akan dilakukan sebelum diputuskan… Kita cuba selesaikan tahun ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Baca artikel lain: SBP sedia terima 70 peratus pelajar pilih aliran STEM – Fadhlina

Beliau berkata demikian selepas Majlis Santunan Ramadan bersama Pekerja-Pekerja Sektor Pembersihan anjuran Yayasan Amal Asas dengan tajaan ILTIZAM bersama Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas).

Mengulas lanjut, Adly berkata tender terbuka perolehan helikopter berkenaan akan dibuka sekiranya ada keperluan dan jika terdapat banyak pihak yang boleh memberi jaminan kepada kerajaan bahawa mereka boleh mendapatkan aset itu.

Pada 1 Mac lepas, media melaporkan MINDEF merancang untuk membuka semula tender kontrak sewaan helikopter UH-60 Black Hawk untuk digunakan TDM pada masa hadapan dan perancangan itu dilakukan selepas syarikat dilantik sebelum ini gagal membuat penghantaran mengikut tarikh ditetapkan.

Terdahulu, Adly yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah berkata 100 pekerja sektor pembersihan diraikan pada majlis berbuka puasa berkenaan selain penyampaian sumbangan wang tunai sempena Ramadan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This