KERAJAAN kini di peringkat akhir merangka Dasar Industri Pertahanan Negara sebelum dibentangkan kepada Majlis Industri Pertahanan.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ia kemudian perlu mendapat persetujuan Kabinet sebelum dilancarkan pada tahun ini.
“Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu supaya kita memberi tumpuan yang khusus mengenai soal ini dan memang ini pun menjadi sebahagian daripada perancangan kementerian,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Menteri Pertahanan bersama warga Kem Paradise hari ini.
Hadir sama Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima Medan Timur Tentera Darat Left Jen Datuk Mohd Sofi Md Lepi dan Panglima Divisyen Kelima Infantri Mej Jen Datuk Noorrul Azril Ariffin.
Baca artikel lain: YBR peruntuk RM24,400 untuk anak yatim, ibu tunggal dan asnaf
Pada Jumaat lepas, Anwar dilaporkan mahu sinergi baharu antara Kementerian Pertahanan dan pemain industri diwujudkan, bagi memastikan ekosistem penyelidikan dan pembangunan pertahanan negara terus maju seiring dengan perubahan dan kecanggihan teknologi.
Mohamed Khaled berkata Perdana Menteri juga mahu kementeriannya memberi tumpuan untuk mengurangkan kebergantungan kepada pembekalan aset daripada luar negara.
Beliau berkata ini memerlukan kepada membangunkan sendiri keperluan pertahanan negara dan ia merupakan langkah pertama kementerian untuk menjayakan ekosistem industri pertahanan tempatan.
“Dalam setiap perolehan yang dilakukan kita mesti pastikan berlakunya pemindahan teknologi supaya negara dapat membina keupayaan untuk membangunkan industri,” katanya.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

