Simpan 44,000 liter diesel tanpa lesen, peniaga didenda RM90,000

Dari Penulis

SEORANG peniaga kecil didenda RM90,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di Labuan hari ini atas tiga pertuduhan memiliki barang kawalan berjadual iaitu 44,000 liter diesel tanpa lesen sah, dua tahun lepas.

Hakim Marlina Ibrahim menjatuhkan hukuman itu terhadap Tee Neng Yee, 33, selepas dia membuat pengakuan menyimpan 40,000 liter dan masing-masing 2,000 liter dalam tangki flexi serta IBC di sebuah kawasan perindustrian di Kampung Sungai Bangat di sini pada jam 1 tengah hari, 27 Mac 2023.

Tertuduh dikenakan hukuman denda RM60,000 atau penjara 12 bulan bagi pertuduhan pertama serta denda RM15,000 atau penjara enam bulan bagi setiap pertuduhan kedua dan ketiga.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) yang dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 22(1) akta yang sama.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Md Syafique Md Hilmie daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Labuan, manakala tertuduh diwakili peguam bela dari Tetuan Ehsan & Yeo.

Tertuduh bagaimanapun membayar denda tersebut.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This