KPDN gempur stor haram seleweng LPG bersubsidi, sita 608 tong gas bernilai lebih RM14,000

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) berjaya menumpaskan satu aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi iaitu Gas Petroleum Cecair (LPG) di sebuah premis sekitar Jalan Kampung Jawa, Shah Alam, Selangor pada 14 Mac lalu.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, serbuan yang dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Putrajaya itu bermula kira-kira jam 7 petang hasil risikan yang telah dilakukan selama tiga minggu sebelum operasi dilancarkan.

Jelas beliau, hasil pemeriksaan awal ke atas lokasi serbuan tersebut mendapati premis itu telah dijadikan stor haram untuk menjalankan aktiviti decanting iaitu merupakan aktiviti pemindahan LPG bersubsidi yang digunakan untuk isi rumah ke dalam tong LPG berkapasiti 50kg bagi kegunaan industri.

“Peralatan seperti hos penyambung ditemui dan dipercayai digunakan dalam aktiviti decanting iaitu pemindahan kandungan LPG 14kg bersubsidi kepada tong LPG 50kg (kegunaan industri).

“Beberapa peralatan yang digunakan untuk kegiatan ini termasuk tiga buah lori telah disita untuk tujuan siasatan lanjut. Sebanyak 608 tong LPG telah disita melibatkan jumlah rampasan LPG dianggarkan sebanyak 5,864kg bernilai RM14,565.00.

“Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan melebihi RM200,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Azman berkata, pasukan serbuan turut menahan tiga lelaki warganegara Malaysia dan seorang lelaki warganegara asing berumur lingkungan 25-an hingga 45-an yang merupakan pekerja di premis terbabit untuk membantu siasatan.

Menurut Azman, premis disyaki telah beroperasi selama dua bulan dan kertas siasatan telah dibuka serta siasatan dijalankan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] iaitu memiliki barang kawalan dengan niat untuk melakukan kesalahan.

“Syarikat ini juga akan disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 20010) [Akta 613] iaitu kesalahan pengubahan wang haram bagi mengesan, membeku, menyita serta sehingga ke peringkat pelucuthak ke atas apa-apa hasil pendapatan atau harta yang dijana daripada aktiviti haram berkaitan penyelewengan barang kawalan bersubsidi.

“Jika disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta 613 ini boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 15 tahun dan juga didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta yang mana yang lebih tinggi,” katanya.

Azman berkata, KPDN menegaskan bahawa pihak kementerian akan terus mempergiat pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan menyeleweng barang kawalan bersubsidi yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat.

Menurut Azman, berdasarkan statistik penguatkuasaan di bawah pelaksanaan OPS TIRIS 3.0 bagi tempoh 1 Januari 2024 hingga 28 Febuari 2025 di seluruh negara, sebanyak 269 kes telah dihasilkan dan daripada jumlah itu, sebanyak RM130 ribu LPG bernilai 1.64 Juta telah berjaya dirampas.

Katanya, tindakan itu adalah sebahagian daripada inisiatif KITA GEMPUR yang telah dilancarkan pada 19 Oktober lalu dalam menangani isu manipulasi dalam aktiviti perniagaan dan ketirisan yang melibatkan barang kawalan dan barang kawalan bersubsidi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hospital Melaka jadi penanda aras nasional, terima peruntukan khas RM1.6 juta

HOSPITAL Melaka akan dijadikan penanda aras mandatori bagi pelaksanaan model pengurusan hospital di seluruh negara susulan kejayaannya mengurangkan kesesakan...

More Articles Like This