PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada seluruh umat Islam untuk meneruskan Tadabbur al-Quran dengan mata hati sempena peristiwa Nuzul al-Quran hari ini.
Anwar menerusi catatan di media sosial berkata, Tadabbur ialah perbuatan berfikir dengan mendalam menggunakan mata hati sehingga faham makna yang tersirat dalam ayat al-Quran dan hati terkesan apabila membacanya.
Beliau berkata, umat Islam juga perlu mengejar keampunan Allah SWT pada pertengahan Ramadan ini.
“Semoga kita dipilih oleh Allah SWT untuk bertemu dengan lailatulqadar, malam seribu bulan.
“Alhamdulillah pada hari yang penuh keberkatan ini, kita diberi kesempatan untuk bersama-sama memperingati peristiwa penting Nuzul Al-Quran tatkala wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW di Gua Hira’,” kata Perdana Menteri.
Anwar berkara wahyu pertama, yakni Iqra’ (Bacalah) menjadi titik permulaan sebuah era berasaskan ilmu dan menjadi panduan dalam mengangkat martabat insan dengan nilai keadilan serta ihsan.
Selain itu, Perdana Menteri berkata al-Quran ialah hidayah dan petunjuk bagi hamba-hamba yang bertakwa, dan mereka yang menghidupkan Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan sahaja akan merasai kemanisan takwa.
Nuzul Quran merujuk kepada peristiwa turunnya ayat al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad SAW pada malam Jumaat, 17 Ramadan di Gua Hira, Makkah, iaitu tahun ke-41 keputeraan baginda.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

