SAJI lancar filem pendek raya ‘Nas Si Goreng’ angkat nilai kasih sayang

Dari Penulis

FGV Holdings Berhad (FGV) menerusi jenama SAJI menyambut ulang tahun ke-25 dengan melancarkan Kempen SAJI Ramadan Raya 2025 yang bertemakan ‘SAJI Rayakan Rasa’.

Kempen ini bukan sahaja menekankan kelazatan hidangan Aidilfitri, tetapi juga kenangan mengiringi suasana perayaan yang wajar dihargai dan diraikan.

SAJI memberitahu, sebagai kemuncak kempen, ia mempersembahkan filem pendek hari raya berjudul ‘Nas Si Goreng’ yang dilancarkan secara rasmi pada 21 Mac lalu.

Jelasnya, filem berkenaan mengangkat tema kenangan, kasih sayang dan penyembuhan seiring dengan semangat ‘SAJI Rayakan Rasa’.

Pada majlis pelancaran itu juga, SAJI meraikan 20 orang anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan dan Perlindungan Al Haq Malaysia untuk membawa kegembiraan sambutan Aidilfitri bagi golongan yang memerlukan.

Baca artikel lain: Kestabilan politik penting untuk kerajaan fokus bangunkan negara – PM

“Usaha berkongsi rezeki dari pihak SAJI ini adalah sebahagian dari Program SAJI Seikhlas Hati yang bukan sekadar usaha bermusim, tetapi satu inisiatif berterusan yang mencerminkan komitmen dalam menyumbang kepada masyarakat.

“Sejak 2023, program ini telah memberi manfaat kepada hampir 3,000 golongan asnaf di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, SAJI memberitahu, tahun ini, kempen ‘SAJI Rayakan Rasa’ turut membawakan peraduan istimewa, di mana pengguna berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM50,000.

“Untuk menyertai, pengguna hanya perlu membeli produk SAJI, SERI PELANGI, atau PREMEO bernilai RM25 ke atas dan menghantar bukti pembelian melalui WhatsApp ke +6011-5118 3825.

“Untuk menonton filem pendek ‘Nas Si Goreng’ dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai Kempen SAJI Rayakan Rasa, ikuti SAJI di platform media sosial @sajimalaysia – Facebook, Instagram, TikTok, dan YouTube,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This