Kuasa Lemon

Dari Penulis

LEMON mempunyai khasiat potasium lebih berbanding epal dan anggur. Untuk itu anda digalakkan minum air lemon setiap pagi dan ia memberi kesan baik yang mendalam untuk kesihatan anda.

Ia boleh diminum sejuk ataupun suam, cukup dengan perahan setengah biji lemon untuk secawan air ia dapat memberikan tenaga dan membersihkan sistem badan.

1.Memperkuatkan sistem imun tubuh

Kaya dengan vitamin C, lemon dapat membekalkan sistem imun yang semula jadi dan daya tahan untuk kesihatan anda. Ia amat diperlukan jika anda terasa penat dan tertekan. Ini kerana vitamin C akan banyak digunakan jika anda terlalu banyak kerja.

2.Membantu penghadaman

Jus lemon boleh membantu penghadaman dan menghapuskan toksin dalam badan. Ia juga menghalang kembung perut dan sakit hulu hati.

3.Membersihkan sistem tubuhJika ada toksin dalam badan, lemon dapat membesihkannya melalui sistem tubuh.

4.Mengurangkan radang

Air lemon dapat mengurangkan kadar asid dalam badan dan secara tidak langsung ia dapat mengurangkan radang.5.Mengurangkan berat badanJus lemon kaya dengan serat pektin dan dapat mengawal rasa lapar.

6.Mencantikkan kulit

Jus yang kaya dengan antioksidan, dan vitamin C mengurangkan kedut muka dan mencerahkan kulit.

7.Menghalang jangkitan

Jangkitan seperti sakit tekak boleh dielakkan dengan meminum segelas jus lemon suam. Selain itu ia juga dapat mengelak jangkitan penyakit.

8.Memberikan tenaga

Selain baik untuk pencernaan, ia juga dapat membekalkan tenaga apabila ia melalui saluran penghadaman.

9.Sumber potasium

Potasium baik untuk otak, saraf dan jantung, dan semua itu terkandung dalam jus lemon.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lebih daripada sekadar roti canai: Fatihah Frozen ajak pengguna teroka kreativiti kulinari

BERBEKALKAN azam untuk memartabatkan resipi warisan keluarga, Ketua Pegawai Eksekutif Fatihah Frozen Food Sdn Bhd, Hazirah Che Hasim terus...

More Articles Like This