PM Anwar tegaskan masjid di Jalan Masjid India akan tetap dibina

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan majlis pecah tanah bagi pembinaan masjid di Jalan Masjid India akan diteruskan.

Beliau berkata, ia akan dijalankan seperti dirancang Khamis ini walaupun terdapat pandangan berbeza daripada beberapa pihak ketika ini.

“Kawasan-kawasan amalan di situ, masjid-masjid berdekatan, sesak. Perlu ada tempat baharu. Jadi, sebab itu saya akan teruskan untuk meletakkan batu asas di masjid pada 27 hari bulan (Mac) ini.

“Saya minta jawatankuasa kuil sepertimana mereka lakukan, runding dengan baik,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Polis Ke-218 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) hari ini.

Turut sama hadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Ketua Polis Negara, Tan Sri Razaruddin Husain. 

Mengulas lanjut, Anwar menjelaskan keperluan membina sebuah masjid di sana dibuat berikutan keadaan surau dan masjid di sekitarnya sudah padat, di mana kebenaran pembinaannya juga sudah diperoleh sejak 2019. 

“Saya tegaskan, bila kebenaran bina masjid diluluskan? 2019, tahu siapa Perdana Menteri masa itu. Bila diberi kebenaran pembangunan? 2020..Perdana Menteri baru ambil alih.

“Bila diluluskan mula bangun dan dibina? 2021.. Perdana Menteri yang satu lagi (ambil alih), tapi yang salah Perdana Menteri sekarang,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This