SEMUA stesen minyak di Kelantan akan beroperasi seperti biasa sepanjang Aidilfitri dengan beberapa stesen diberikan fleksibiliti untuk menyesuaikan waktu operasi pada hari pertama perayaan.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail berkata ini bagi memberi ruang kepada pekerja beragama Islam menunaikan solat sunat Aidilfitri.
“Kami beri kelonggaran kepada mereka untuk tujuan berkenaan. Selepas itu, semua stesen akan dibuka seperti biasa,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama KPDN negeri di Kota Bharu, hari ini.
Beliau berkata walaupun terdapat fleksibiliti, keperluan operasi stesen minyak masih dipenuhi dan tidak menjejaskan pengguna.
Baca artikel lain: PM arah KPDN pastikan semua pihak patuhi skim harga perayaan
“Malah, stesen-stesen di kawasan sempadan juga akan beroperasi seperti biasa dengan 48 stesen berada dalam radius 25 kilometer dari sempadan,” katanya sambil memaklumkan tidak terdapat pengusaha stesen minyak yang memohon untuk menutup operasi pada hari pertama Aidilfitri.
Azman berkata kebanyakan stesen minyak di kawasan bandar akan beroperasi 24 jam, manakala stesen di kawasan pinggir bandar mungkin menyesuaikan waktu operasi mereka mengikut keperluan.
“Secara keseluruhan, terdapat 248 stesen minyak termasuk di sempadan negara beroperasi di seluruh Kelantan bagi memastikan pengguna tidak menghadapi sebarang kesulitan sepanjang musim perayaan ini,” katanya.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

